suria

Rakyat keluar, bagi alasan ‘dah order barang’ jadi kebimbangan, kerajaan teliti idea e-bazar Ramadan

Kerajaan bimbang kelonggaran itu akan menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk keluar dan menggunakan alasan mahu mengambil makanan yang dipesan mereka.

KEPUTUSAN sama ada kerajaan akan membenarkan penganjuran e-bazar Ramadan atau bazar Ramadan secara dalam talian (online)  akan dibangkitkan di dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti mengenai idea e-bazar Ramadan sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Idea mana ganti bazar Ramadan... e-bazar, online bazar, bazar drive-thru? - “Yang pasti kena elak perhimpunan...”

ARTIKEL BERKAITAN: PKP masuk fasa ke-3, tambah 2 minggu lagi hingga 28 April

"Saya percaya esok kita bincang di dalam kabinet. Ada yang berpandangan pesan dan hantar (delivery).

"Ada yang berpadangan pesan dan pick-up di bazar dan ini mungkin juga boleh menyebabkan pergerakan yang ramai.

"Walaupun kita buat pesanan dalam talian, tapi jika secara fizikalnya kita kena pick-up di bazar, ini boleh menyebabkan berlaku kesesakan," katanya dalam sidang media harian Covid-19 pada Selasa.

Tambah Ismail, keadaan tersebut juga dikhuatiri akan menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk keluar dan menggunakan alasan mahu mengambil pesanan.

"Ideanya supaya rakyat tak boleh beri alasan untuk keluar. Kalau ada tempat untuk pick-up, akhirnya polis yang alami kesukaran sebab apabila orang ramai sampai di tempat sekatan, mereka bagi alasan dah order barang.

"Jadi semua orang akan guna alasan yang sama dan semua nak keluar. Kita nak kurangkan alasan seperti ini," katanya lagi.

Terdahulu pada Isnin, kerajaan memutuskan tiada bazar Ramadan dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP.

Keputusan itu dibuat bagi meneruskan usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang masih melanda negara dan mengancam kesihatan rakyat.

Perdana Menteri pada Jumaat lalu mengumkan PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berpendapat sistem e-bazar adalah satu kaedah terbaik bagi menggantikan penjualan makanan di bazar Ramadan.

“Masalah bukan bazar Ramadan tu tapi perhimpunan. Isunya adalah pelanggan datang tak terkawal... itu isu nya. 

“Jadi banyak kaedah telah kita bicang bersama, salah satu cara e-bazar iaitu kaedah penghantaran ke rumah. Itu mungkin cara teknologi kita guna sekarang ini. 

“Kalau kita lihat kelaziman ada perubahan… kita banyak guna e-food, Grabfood untuk hantar ke rumah. Jadi kita lihat ada peningkatan lebih 70 peratus guna perkhidmatan ini,” katanya.

Jelasnya lagi kaedah tersebut mungkin dapat memenuhi kriteria di KKM untuk memastikan tidak ada perhimpunan orang ramai untuk membeli makanan di bazar Ramadan. 

e-bazar, Ramadan, kabinet, PKP

Artikel Lain