BIMBANG Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dan masih terfikir cara untuk mempromosikan produk perniagaan anda Ramadan ini? Jangan stress ya, kami di mStar boleh bantu anda. Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami menawarkan pakej (Ramadan Raya) reviu produk perniagaan anda di platform Instagram @mstaronlineofficial pada harga yang amat berbaloi. Tawaran ini terbuka untuk peniaga atas talian dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Antara pakej yang pastinya menjadi rebutan ramai sudah tentu Instagram Story. Dengan harga serendah RM50, posting mengenai produk anda boleh dilihat di Insta Story dalam tempoh 24 jam dan pelanggan yang berminat boleh swipe up terus ke laman bisnes anda. Menariknya hanya perlu tambah RM10 jika mahu posting anda itu diletakkan pada ruang 'highlight'. Bukan itu sahaja, posting yang sama juga akan dikongsi pada lama Facebook mStar. Ya semua ini hanya dengan RM50! Pada harga serendah RM50, peniaga boleh mengiklankan produk di platform media sosial mStar. Jika mahukan posting reviu produk anda berserta lima keping gambar, harga yang ditawarkan hanyalah RM500. Menerusi pakej ini kami akan sertakan kapsyen produk anda maksimum 50 patah perkataan. Ingin tambah lagi gambar untuk menjadikan produk anda lebih menarik, hanya perlu bayar RM50 untuk setiap gambar tambahan. Nikmati juga ulasan produk atau siaran akhbar dengan maksimum 100 patah perkataan di platform media sosial kami pada harga RM2,000. Malah ulasan produk anda akan disertakan bersama video untuk IGTV yang dihasilkan mStar (sekitar Lembah Klang sahaja). Malah produk anda juga akan disenaraikan dalam produk pelanggan di portal kami. Bagi anda yang mahukan ulasan produk atau siaran akhbar maksimum 100 patah perkataan bersama video selama tiga minit untuk IGTV yang dihasilkan mStar di sekitar Lembah Klang anda hanya perlu bayar RM3,000. Bukan itu saja, artikel mengenai produk anda turut akan disiarkan di portal mStar dan disenaraikan dalam produk pelanggan kami. Pakej RM1,500 pula membolehkan anda membuat ulasan produk bersama video yang disediakan pelanggan maksimum selama seminit. Produk anda juga akan turut disenaraikan pada produk pelanggan di portal kami. Artikel mengenai produk atau perkhidmatan anda juga boleh diiklankan di portal mStar. Bukan itu saja, kami juga menawarkan reviu produk berserta artikel ulasan produk di portal kami (500 patah perkataan) pada harga RM1,000. Menariknya info dan gambar disediakan sendiri oleh pelanggan. Usah bimbang, produk anda juga akan disenaraikan dalam produk pelanggan di portal kami. Bagi anda yang mahukan satu artikel ulasan produk dengan kami sendiri hadir membuat liputan, rebut pakej berbaloi ini pada harga RM1,500. Produk anda turut akan disenaraikan dalam produk pelanggan di portal kami. Setiap posting hanyalah untuk tempoh tujuh hari. Setiap produk yang diiklankan akan diberikan tag dan pautan. Malah posting di IG turut akan dikongsi di FB rasmi mStar. Setiap artikel ulasan produk akan dikongsi di Facebook dan juga Insta Story. Siaran akhbar pula perlu disediakan dalam bentuk Mircosoft Word manakala gambar perlu disertakan dalam resolusi tinggi JPEG. Setiap posting di Instagram turut akan dikongsi di Facebook mStar. Dengan tambahan RM50 untuk setiap pakej yang dipilih, promosi produk anda akan turut disiarkan di portal Kuali (terjemahan dalam bahasa Inggeris akan dilakukan oleh pihak Star Media Group). Jadi apa tunggu lagi. Rebutlah pakej Ramadan Raya di mStar. Inilah masanya untuk anda mengetengahkan produk perniagaan anda bersama kami. Manalah tahu anda nak jual tudung, kerepek, telekung, Baju Melayu dan macam-macam lagi. Jadi, mana nak cari pakej murah kalau mStar tidak sediakan? Kami faham akan suasana perniagaan hari ini ketika wabak Covid-19 melanda. Sebab itulah kami sediakan pekej dengan harga murah. Untuk langganan sila emel ke [email protected] atau hubungi Afzan 0193413343; Fara 0173520602; Fiza 0163680008; Hafzan 0122688424 dan Zackry 0122443923. ***Tertakluk terma dan syarat