suria

Pelajar dakwa diberi makanan taraf orang gaji, gelandangan... ini jawab USM!

Pihak USM memandang serius berita palsu dan dakwaan pelajarnya kerana ia mampu menjejaskan reputasi universiti.

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) menerusi sebuah kenyataan telah memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu atau fitnah.

Pusat pengajian awam itu, dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu yang mencemarkan nama baik USM.

"Pihak USM memandang serius penghinaan individu terbabit di media sosial apabila mendakwa makanan yang disediakan tidak berkualiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas mahasiswi ‘basuh’ pelajar tak reti bersyukur, habis dipecahnya rahsia ‘tambang bas dan 3 peket Maggi’ - “Tak berduit tapi saya tak miskin”

"Pihak universiti juga sedang menyiasat kejadian ini dan bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia terbukti dilakukan dengan sengaja bertujuan memfitnah nama baik universiti," menurut USM dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Antara pengguna Facebook yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu.

Dalam pada itu, USM turut mengingatkan individu yang tidak bertanggungjawab untuk berhenti mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya tanpa usul periksa.

Kenyataan ini dibuat berikutan sebuah tweet yang dikeluarkan oleh seorang individu tular di media sosial yang mendakwa kebajikan adiknya yang berada di kampus diabaikan oleh pihak universiti.

Seorang pengguna Twitter mendakwa adiknya sudah tidak menerima makanan.

Selain itu, satu komen turut dimuatnaik di Facebook yang menunjukkan gambar makanan yang diberikan oleh pihak USM tidak berkualiti dan melabelkan makanan tersebut sebagai makanan bertaraf 'orang gaji'.


USM, tuduhan, palsu, PKP, makanan

Artikel Lain