suria

Pukul anggota polis, rider direman empat hari bantu siasatan

Seorang penghantar makanan berusia 28 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pukul anggota polis.

GARA-GARA memukul anggota polis, seorang penghantar makanan atau rider direman selama empat hari bermula Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, lelaki berusia 28 tahun itu direman bagi membantu siasatan berhubung kes pukul anggota polis ketika pemeriksaan Ops Covid-19 di kawasan Jalan Cahaya 2/3A, Pandan Cahaya, di Ampang pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampar, maki anggota polis ketika ‘roadblock’, lelaki 55 tahun direman empat hari

ARTIKEL BERKAITAN: “You are all idiots!” – Wanita diheret ke balai selepas maki polis

Terdahulu dalam kejadian pukul 10 pagi itu, polis yang sedang membuat rondaan menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak melawan serta memukul salah seorang anggota polis menyebabkan kecederaan di tangan dan leher.

Lelaki terbabit kemudian ditangkap kerana menyerang polis semasa menjalankan tugas dan dengan sengaja tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - SINAR HARIAN

Artikel Lain