PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew meluahkan perasaan berikutan niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan oleh segelintir pihak. “Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya menerusi perkongsian di halaman Facebook miliknya, petang Jumaat. Ebit Lew berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan susulan aduan membabitkan kes melibatkannya yang tular, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra pertahan usaha Ustaz Ebit Lew beri bantuan - “Siapa hentam saya tak teragak-agak ke depan, jangan hanya berani bercakap” Malah, beliau turut mengumumkan untuk tidak lagi keluar berkhidmat memberi bantuan sepanjang tempoh PKP sebagaimana yang telah dinasihatkan. Ebit Lew membantu menyediakan keperluan untuk golongan kurang berkemampuan. “Atas nasihat, setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik, melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. “Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa, saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. “Lebih 100 orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka,” ujarnya. Menurut Ebit Lew, beliau tiada niat untuk menularkan bantuan-bantuannya, sambil mendedahkan menggunakan wang sendiri untuk membantu golongan yang memerlukan terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kelengkapan rumah antara yang turut disediakan oleh Ebit Lew. “Saya pun tak niat nak viral apa ke. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. “Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa PKP ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. “Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner,” katanya. Saya minta maaf kepada semua ye. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung... nanti habis PKP baru saya cuba bantu EBIT LEW Beliau bagaimanapun mengakui sedih semasa memberi keterangan kepada pihak polis yang mungkin disebabkan kepenatannya masih terasa. “Tadi menangis saya beri keterangan kepada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik, saya bukan sesiapa cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia. “Saya minta maaf kepada semua ye. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit kepada orang susah,” katanya sambil menambah akan melakukan perkara tersebut dari rumah. Ebit Lew dalam lawatannya baru-baru ini. Menurut Ebit Lew, beliau akan berusaha untuk membantu selepas berakhirnya PKP. “Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. “Selamat Ramadan kepada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye, saya salah. “Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau,” katanya.