ANAK kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid hadir ke Bukit Aman pada Jumaat bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beliau dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kedua-dua mereka dikatakan tiba di Bukit Aman sekitar jam 11 pagi sebelum beredar kira-kira sejam kemudian sebaik proses rakam keterangan selesai, lapor Berita Harian. Difahamkan proses rakam keterangan dilakukan oleh pegawai daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. ARTIKEL BERKAITAN: “Balu Abam tak pernah minta sedekah!” - Nurul Zahid mengaku sebar nombor akaun Nor Hidayah Siasatan berkenaan dipercayai berkaitan beberapa hantaran Nurulhidayah di media sosial berkait dengan tindakannya melawat dua orang kenamaan baru-baru ini. Anak kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu memuat naik beberapa gambar di Instagram ketika dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing. Tindakan tindakan tersebut menerima kecama netizen memandangkan ia dilakukan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.