suria

Ingkar PKP: Timbalan Menteri Kesihatan, Exco Perak mengaku salah, didenda RM1,000

Dr Noor Azmi dan Razman sewaktu tiba di mahkamah pagi Selasa. FotoBERNAMA

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria mengaku salah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dekat Mahkamah Majistret di Gerik, pagi Selasa.

Kedua-duanya turut didenda RM1,000 atas kesalahan yang dilakukan.

Pada 18 April lalu, tular di media sosial gambar Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong.

Kawalan di sekitar mahkamah diperketat dengan kehadiran polis selain media yang mula tiba seawal 7 pagi bagi membuat liputan prosiding kes Dr Noor Azmi dan Razman.

Artikel Lain