suria

“Mungkin ada yang cuba bawa kawan” - Ismail Sabri jangka ada yang akan ingkar PKPB

Menurut Ismai, mulai esok, empat sekeluarga dibenarkan menaiki kenderaan persendirian. Foto: Bernama

EMPAT sekeluarga dibenarkan menaiki kenderaan persendirian dengan syarat daripada famili dan rumah sama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu jarak sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga yang tinggal serumah dan dengan itu tiada masalah untuk mereka menaiki kenderaan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPB: Rakyat Malaysia dapat lampu hijau bantu lapor polis jika ada pelanggaran SOP

ARTIKEL BERKAITAN: Pengangkutan awam kembali beroperasi seperti biasa esok, jumlah penumpang dihadkan separuh

"Saya percaya, mungkin ada yang cuba bawa kawan, ada yang ingkar. SOP (prosedur operasi standard) ini mesti dipatuhi dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, Ahad.

Menerusi penguatkuasaan PKP fasa pertama hingga ketiga bermula 18 Mac lalu, kerajaan memutuskan hanya seorang iaitu ketua keluarga dibenarkan untuk keluar bagi membeli barangan keperluan.

Seterusnya kelonggaran diberikan pada PKP fasa keempat bermula 29 April lalu, dengan membenarkan dua orang dalam satu kenderaan.

Selain itu, kata Ismail, semua pengangkutan awam juga akan kembali beroperasi esok bagaimanapun dihadkan kepada 50 peratus penumpang sahaja.

"Misalnya bas dihadkan 20 penumpang sahaja kerana kita utamakan jarak sosial dan kebersihan diri, begitu juga bagi MRT dan LRT," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ismail Sabri, PKPB, jarak sosial

Artikel Lain