KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kematian seorang lelaki akibat Covid-19 yang juga mangsa kemalangan berpunca daripada jangkitan di hospital tempat mangsa menerima rawatan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya masih lagi membuat siasatan dan jangkitan dipercayai bermula sebelum dia dibawa ke hospital lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 40 kes baharu, lelaki dengan sejarah kemalangan korban ke-112 Covid-19 "Punca jangkitan sekarang ada tiga, radang paru-paru, darah beku dan ketiga ketahanan tubuh, ini tiga faktor kematian pada usia muda "Kes tersebut bukan mendapat jangkitan dari hospital, dia dapat dari rumah sebelum dirawat di hospital, kita masih menyiasat kes tersebut. "Dalam situasi ini komplikasi dia tinggi iaitu dia ada sakit jantung. Kalau dijangkiti Covid-19, menyebabkan saluran pernafasan atau radang paru-paru. "Besar kemungkinan ada fenomena darah beku sebab pergerakan dia terhad. Kalau virus tu menyerang saluran darah boleh menyebabkan thromboembolic phenomenon. Jadi ini mungkin salah satu komplikasi jangkitan Covid-19," ujarnya menerusi sidang media harian pada Khamis. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kes kematian juga berada dalam fasa siasatan oleh pihak KKM. Kisah kematian lelaki yang ditemui di tepi jalan di Muadzam Shah, Pahang, dipercayai berjalan kaki dari Segamat, Johor ke kampungnya di Terengganu itu menjadi perbualan ramai sejak dilaporkan. Malah, KKM juga akan melakukan pengesanan kontak di kawasan itu bagi mengelakkan berlakunya penularan Covid-19. "Melihat kepada kes semalam, kematian itu masih dalam siasatan. "Contact tracing kita akan laksanakan di tempat asal dia iaitu Segamat. Jadi rakan-rakan beliau akan disiasat sebagaimana kita lakukan dengan kes-kes lain," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!