suria

Pakatan Harapan tentang sebarang percubaan untuk ganggu Titah Diraja 18 Mei ini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

PAKATAN Harapan (PH) akan menentang sebarang percubaan untuk mengganggu Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu persidangan Parlimen pada 18 Mei kelak.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua anggota Parlimen, tanpa mengira parti, mesti menghormati titah YDPA.

ARTIKEL BERKAITAN: Speaker Parlimen terima usul undi tak percaya Tun M terhadap Muhyiddin

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sentiasa sabar dan yakin” - Anwar Ibrahim

"Saya jangka tiada apa-apa boleh berlaku. Tidak boleh buat pencelahan, tidak sesuai dengan adab dan peraturan.

"PH akan bantah kalau ada gangguan ketika raja menyampaikan titah," ujarnya dalam sesi siaran langsung (live) di Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan langkah-langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengatasi kejatuhan ekonomi akibat Covid-19 haruslah berpusat pada rakyat, dan bukannya menumpukan pada usaha menyelamatkan syarikat penerbangan, syarikat besar, dan konglomerat.

Presiden PKR itu dalam masa yang sama mendakwa persidangan Dewan Rakyat yang singkat pada 18 Mei ini disebabkan kerajaan tidak mempunyai keyakinan terhadap barisan Ahli Parlimen sendiri.

Beliau mendakwa, kemungkinan ada Ahli Parlimen yang kecewa selepas tidak tersenarai untuk menjadi menteri atau dilantik sebagai pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Saya percaya kemungkinan besar kerajaan tidak ada keyakinan (terhadap) Ahli Parlimen sekarang... harap dapat (jadi) menteri tetapi tidak dapat, jadi mereka lompat... tidak dapat GLC, lompat.

"Ahirnya dunia politik ini ibarat katak dan bukan nilai dan prinsip.

"Saya berharap pada pilihan raya akan datang, pengundi akan ambil iktibar. Pilihlah pemimpin yang ada prinsip dan idealisme.

"Jangan pilih pemimpin yang boleh dijual beli," katanya. – THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain