SAMPEL daging ayam yang diambil dari kilang pemprosesan di Pedas, Negeri Sembilan yang mana beberapa pekerja dijangkiti Covid-19 didapati negatif virus itu. Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ujian dilakukan setelah pihak berkuasa kesihatan mengesahkan bahawa beberapa pekerja di kilang tersebut positif Covid-19. "Ia dilakukan dengan menggunakan kaedah rt-PCR (reaksi berantai polimerasi transkripsi terbalik). "Hasil yang diperoleh pada 9 Mei menunjukkan bahawa semua sampel diuji negatif untuk virus," kata pihak tersebut. Pada 8 Mei lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa beberapa pekerja dari kilang pemprosesan ayam di Pedas telah dijangkiti dan memerintahkan kilang tersebut untuk menghentikan operasi dari 7 Mei hingga 20 Mei. Menurut jabatan veterinar, kilang tersebut telah dianugerahkan "Veterinary Health Mark (VHM) sejak 2008. "Kami juga ingin memberitahu bahawa melalui kajia yang dilakukan oleh pelbagai agensi dan institusi antarabangsa, termasuk University of Macau dan Organisasi Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) yang berpusat di Paris, telah terbukti bahawa lembu, kambing, babi dan ayam tidak menyebarkan virus Covid-19 kepada manusia,"kata pihak itu lagi. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!