suria

Ahli Parlimen ada hak usulkan undi tidak percaya terhadap PM - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad.

PEMBENTANGAN usul tidak percaya terhadap perdana menteri adalah hak setiap anggota Parlimen yang dipilih, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Untuk melakukan gerakan tidak percaya adalah hak setiap anggota Parlimen, tidak kira sama ada dia fikir akan menang atau kalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen ditegur, jangan heret negara sekali lagi ke kancah politik ketika rakyat berdepan pandemik Covid-19

"Tetapi dalam hal ini, kami berasa ketika mendedahkan kesalahan kerajaan, walaupun ada yang mengatakan kami tidak memiliki majoriti, kami berharap ada ahli Parlimen yang akan sedar.

"Jadi, mereka akan menyokong usul yang dimaksudkan untuk menyelamatkan negara ini dari seseorang yang tidak melakukan kebaikan untuk negara ini," kata ahli Parlimen Langkawi itu.

Dr Mahathir menjawab soalan sama ada dia memiliki majoriti yang cukup untuk menyokong usul tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas satu sidang Parlimen pada Isnin.

Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, setiausaha agung DAP dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimennya, tidak hadir semasa sidang media itu.

Dalam sidang media sama, Dr Mahathir berkata ini merupakan pertama kalinya dalam sejarah Malaysia yang mana kerajaan mempunyai majoriti yang sangat tipis.

"Sekiranya dua atau tiga anggota Parlimen bertukar parti, maka kerajaan ini akan runtuh. Itulah sebabnya kami percaya bahawa jika kami dapat mendedahkan kerajaan ini, mungkin beberapa anggota Parlimen dari parti pemerintah akan menyokong kami," ujar bekas perdana menteri itu.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mengkritik persidangan Parlimen satu hari pada Isnin,

"Kami tidak dapat terima alasan kononnya pandemik ini kita hanya boleh bersidang selama dua jam sahaja.

"Sedangkan di Sabah, tiga hari mesyuarat. Di Kuala Lumpur mungkin angin ada Covid-19 (bila) bercakap keluar (virus) jadi tak berani (bersidang).

"Apa yang dilakukan kerajaan lebih merupakan politik bukannya pentadbiran menangani Covid-19," katanya pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain