suria

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

(Dari kiri) DJ Lin, Ajak, Fizi, Issey, Dominic Poh dan Mimi Nazneem dari Yee Lee Corporation Berhad di studio Suria.

TAK dapat balik kampung!

Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Suasana yang dirasai pastinya berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana tiada sambutan di desa tercinta, dengan sawah padi terbentang luas mahupun kedengaran kicauan burung atau ayam berkokok.

Sudah tentunya mak ayah menanti kepulangan anak cucu, namun terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan pergerakan rentas negeri untuk bersama-sama menyambut hari lebaran.



Sebahagian penduduk berbaju melayu bergambar dengan hiasan 200 pelita yang disusun bagi menghasilkan frasa 'Raya KL Je' yang berlatar belakangkan cahaya lampu sebahagian bangunan ibu kota. Foto Bernama

Sesungguhnya, meraikan Aidilfitri tanpa keluarga tersayang pasti memilukan dan mata berkaca sayu apabila mendengar laungan takbir raya.

Segala kekangan ini bersebab dan ia tidak lain daripada untuk membendung penularan wabak Covid-19 dan menghentikan rantaian jangkitan pandemik ini.

Namun, usah bimbang kerana suasana dan mood Hari Raya Aidilfitri anda kali ini dapat diceriakan menerusi kempen #KongsiKegembiraan oleh stesen radio Suria FM dan produk minyak masak jenama terkemuka Vesawit.

Ceria Raya

Bersama Suria dan Vesawit, rakan strategik raya Suria, pelbagai seleksi program hiburan raya dan hadiah menarik menanti anda!

Bertemakan Ceria Raya Suria, segmen khas raya Suria iaitu Kongsi Kegembiraan bersama Suria dan Vesawit bermula dari 18 Mei hingga 22 Mei, pendengar berpeluang menghadiahkan sesuatu yang menarik kepada keluarga tercinta walau jauh di mata.

Dengan berkongsi kisah anda meraikan Aidilftri jauh dari yang tersayang, anda layak untuk menghadiahkan Pek Ceria Raya daripada Vesawit bernilai RM154 untuk dihadiahkan kepada keluarga tercinta. Wow! Teruja dan menarik kan?

Lebih luar biasa, Pek Ceria Raya itu bukan sahaja dilengkapi dengan minyak masak Vesawit untuk kegunaan masakan di hari lebaran, malah turut didatangkan dengan minuman Sabah Tea Tarik yang mana kualitinya kerana ia diperkaya daripada bahan organik asli dari Borneo.



Jenama minyak masak terkemuka, Vesawit.

Ketua Penjenamaan Korporat Yee Lee Corporation Bhd iaitu syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk berkualiti termasuk Vesawit dan Sabah Tea Tarik, Dominic Poh Choo Aik berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, pelbagai perkara yang boleh (do’s) dan tidak boleh (don’ts) telah disenaraikan.

Jelasnya, ia termasuklah semasa pelaksanaan PKPB yang dikuat kuasakan bermula 4 Mei selepas tiga fasa PKP dilaksanakan di seluruh negara.

"Ketika itu dua musim termasuk perayaan terbesar ketika PKP dan PKPB adalah Ramadan dan Syawal bagi umat Islam. Apa yang akan terjadi? Tiada bazar mahupun bufet Ramadan. Malahan Syawal kali ini tidak dapat balik ke kampung untuk menyambut raya.

"Pastinya Ramadan dan Aidilfitri kali ini memberikan suasana berbeza. Namun, Suria dan Vesawit berganding untuk menghidupkan keceriaan 1 Syawal anda menerusi Pek Ceria Raya.

"Jika sebelum ini jauh di mata dekat di hati, tetapi dengan Pek Ceria Raya buat keluarga tersayang terutama ibu bapa di kampung akan membuatkan anda yang jauh terasa seperti berada di sisi mereka," katanya kepada mStar.



Dominic Poh.

Dominic Poh, Pek Ceria Raya menghimpunkan pelbagai jenis barang dan keperluan memasak untuk menyediakan sajian yang menarik untuk berbuka puasa dan menyerikan sambutan Aidilfitri dengan menghidangkan pelbagai juadah di pagi Syawal.

Pemilihannya cukup lengkap terutama minyak masak Vesawit, yang sudah tentu memudahkan untuk memasak hidangan yang lazat dan menyelerakan!

Makanan sahaja tidak lengkap tanpa minuman seperti Sabah Tea Tarik sebagai pelengkap terutama teh tarik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

"Walaupun tidak dapat pulang ke kampung beraya bersama mak ayah, anda masih boleh menggembirakan mereka dengan menghadiahkan Pek Ceria Raya ini.

"Mungkin suasana Aidilfitri berbeza kali ini, tetapi masih mampu mengembalikan keceriaan pada mood anda dan memberikan kegembiraan kepada insan tersayang," katanya.



Minuman Sabah Tea Tarik menjadi pelengkap hidangan.

Pengganti diri

Menurut Dominic, pek istimewa tersebut juga amat sesuai dengan suasana Hari Raya di bandar-bandar yang mana kali ini tiada aktiviti ziarah sahabat handai dan berkumpul beramai-ramai.

"Bukan sahaja di kampung halaman, malah mereka yang beraya di bandar turut terkesan dengan PKPB. Walaupun tiada ziarah-menziarahi, anda masih boleh berkongsi kegembiraan itu dengan menghadiahkan Pek Ceria Raya ini.

"Begitu juga dengan mereka yang bukan beragama Islam, anda masih dapat menggembirakan kenalan-kenalan anda yang menyambut Aidilfitri dengan menghadiahkan mereka Pek Ceria Raya ini sebagai pengganti diri tanpa perlu aktiviti ziarah buat masa ini," ujarnya.

Beliau menambah, Pek Ceria Raya itu turut memudahkan penyediaan hidangan istimewa kerana tempahan boleh dibuat secara dalam talian dan penghantaran terus ke rumah.



Sabah Tea Tarik diperkaya daripada bahan organik asli dari Borneo.

"Anda tak perlu memandu ke pasar raya, tak perlu pakai topeng, tak perlu beratur panjang dengan penjarakkan sosial untuk masuk ke premis, periksa suhu badan dan mungkin selepas selesai membeli-belah dan sebaik pulang ke rumah baru sedar minyak masak lupa beli.

"Dengan Pek Ceria Raya, anda sudah boleh menyediakan hidangan pasta yang lengkap dengan teh tarik mahupun minuman manis yang menjadi kegemaran seisi keluarga.

"Pek Ceria Raya ini membantu menyempurnakan sambutan Aidilfitri anda, mahupun keluarga dan kenalan anda dengan norma-norma baharu, tetapi tetap bermakna! Ia jelas menepati tema raya bagi Vesawit tahun ini iaitu ‘Ceria Ramadan. Sempurna Lebaran’," kata Dominic Poh.

Pek Ceria Raya terdiri daripada tiga jenis iaitu Pek Ceria A berharga hanya RM72 (harga asal RM80), Pek Ceria B berharga RM66 (harga asal RM76.99) dan Pek Ceria C berharga RM29.99 (harga asal RM36).

Kesemua Pek Ceria Raya ini boleh didapati secara dalam talian di laman web membeli-belah Lazada dan Shopee

Maklumat lanjut mengenai produk Vesawit dan Sabah Tea Tarik, layari laman web Vesawit dan Sabah Tea Tarik

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain