SEORANG lagi ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai RM250,000 di rumah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman. Lelaki berusia 27 tahun itu, yang juga bendahari sebuah organisasi bukan kerajaan, ditahan pada Khamis. Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan penangkapan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang RM250,000 dalam peti besi di rumah, Syed Saddiq minta jangan buat spekulasi Terdahulu, ahli tersebut sebelum ini dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk memberikan keterangannya mengenai kes tersebut. Dia kini ditahan reman empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyelewengan dalam akaun Armada. Penangkapan tersebut dilakukan dua hari selepas Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, ditahan. Syed Saddiq membuat laporan polis pada 29 Mac mengenai kehilangan wang tersebut dan mengatakan ia disimpan di dalam peti simpanan di rumahnya. Bekas Ketua Armada itu juga mendakwa hanya beberapa orang dahaja yang mengetahui kod gabungan peti keselamatan dan kali terakhir dia membukanya adalah pada 13 atau 14 Mac. Sehubungan itu SPRM telah memulakan siasatan berhubung kehilangan wang tersebut dan telah mengambil keterangan Syed Saddiq dan dua yang lain pada April. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!