suria

Sumber makanan di pasar punca jangkitan Covid-19? Dr Noor Hisham kata tiada bukti, yang penting jaga kebersihan!

Kata KKM, kajian tetap dijalankan bagi mencari kebenaran berhubung jangkitan makanan dari haiwan.

TIADA butki wujud jangkitan Covid-19 bermula daripada makanan.

Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengulas dakwaan lebih 100 kes baharu di Beijing, China yang dikaitkan dengan makanan laut dan daging dari sebuah pasar.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau pasar basah jadi lubuk jangkitan Covid-19, ada jemur barangan dibeli... Ini penjelasan Dr Noor Hisham hal keselamatan makanan

Sebaliknya kata Dr Noor Hisham, kesimpulan siasatan awal mendapati kes tersebut berlaku atas faktor kebersihan.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar pun telah keluarkan kenyataan. Kita lihat sekarang kes di Beijing.

"Adakah berkaitan makanan, haiwan atau kebersihan? Namun tindakan susulan telah dijalankan untuk membuat pemeriksaan dan mendapati tiada bukti ada jangkitan daripada haiwan.

"Mungkin ada kaitan dengan kebersihan. Jadi kena ambil langkah pencegahan dan kebersihan sewaktu berniaga di pasar," ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata demikian menerusi sidang media Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Namun katanya, kajian tetap dijalankan bagi mencari kebenaran berhubung jangkitan makanan daripada haiwan.

Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai agar terus berusaha dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

"Pastikan kita jaga kita, jaga keluarga kita, jaga masyarakat kita, jaga negara kita dan sama-sama kita boleh menang.

Menerusi laporan mStar pada Mei lalu misalnya, Dr Noor Hisham turut mengakui kes jangkitan di beberapa pasar basah menimbulkan kebimbangan sehingga wujudnya keraguan orang ramai ke atas tahap keselamatan barangan yang dibeli.

Namun katanya, sehingga kini tiada sebarang jangkitan melibatkan makanan dilaporkan di negara ini.

Malah, sampel daging ayam yang diambil dari kilang pemprosesan di Pedas, Negeri Sembilan yang mana beberapa pekerja dijangkiti Covid-19 juga didapati negatif virus itu sekaligus melenyapkan dakwaan wujud jangkitan dari makanan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain