suria

Kluster Labu Lanjut hanya libatkan ahli keluarga, tak perlu PKPD atau PKP Pentadbiran - Dr Noor Hisham

Kluster di Labu Lanjut melibatkan lima kes ahli keluarga didapati positif Covid-19. Gambar hiasan. Foto: Bernama

TIADA keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (SEMCO) di Labu Lanjut, Sepang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana kluster baharu tersebut hanya melibatkan ahli keluarga pesakit sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti kunjung-mengunjung disyaki punca wujud kluster baharu di Labu Lanjut

"Setakat ini mengenai kluster Kampung Labu Lanjut yang kita kenal pasti ada jangkitan iaitu melibatkan lima kes. Kita masih menjalankan siasatan, dan kita telah mengenal pasti 29 kontak rapat iaitu seorang kes indeks dan menjangkiti ahli keluarga.

"Tetapi tak ada kes yang kita kesan positif selain daripada keluarga tersebut. Apa yang pasti kita rasa tak perlu untuk melaksanakan PKP Pentadbiran atau PKPD di kawasan tersebut. Memadai dengan kita menjalankan saringan," katanya dalam sidang media pada Isnin petang.

Sebelum ini Dr Noor Hisham berkata kluster baharu Covid-19 yang dikesan di kawasan tersebut disyaki ada kaitan dengan aktiviti kunjung mengunjung.

Kes indeks adalah merupakan seorang pesakit yang dirawat untuk Acute Respiratory Infection (ARI) di Hospital Serdang di mana beliau dikesan positif pada 5 Jun lalu.

Seramai 29 kontak rapat pesakit telah dikenal pasti dan disaring di mana empat ahli keluarga beliau (iaitu dua anak dan dua cucu) juga telah dikesan positif Covid-19.

Manakala seramai 25 yang lain didapati negatif.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain