suria

Banyak sektor sudah dibuka, tapi aktiviti ziarah hospital tetap tak dibenarkan

KKM masih tidak membenarkan aktiviti ziarah ke hospital.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) masih tidak membenarkan orang ramai berkunjung ke hospital tanpa sebarang tujuan penting.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media hariannya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 15 kes baharu Covid-19,13 kes libatkan warga asing

Biarpun fasa Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan banyak sektor sudah dibuka, aktiviti ziarah ke hospital masih lagi tidak dibenarkan seperti biasa.

"Setakat ini kita masih memperketatkan lawatan untuk mereka yang ingin menziarah ke hospital.

"Ini kerana kita mendapati di hospital banyak jangkitan. Jadi mereka yang datang kita nasihatkan jangan bawa kanak-kanak.

"Mereka yang datang pun akan disaring, pastikan mereka tak ada gejala dan sebagainya," ujarnya.

Namun kata Dr Noor Hisham, ada kelonggaran diberi melibatkan kes-kes tertentu.

"Hanya mereka yang telah dikenalpasti, contohnya ada pesakit yang tenat, baru kita benarkan (pelawat)," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

KKM, Covid-19, hospital, Noor Hisham

Artikel Lain