suria

KKM minta pengunjung taman tema jaga jarak sosial elak kesesakan, patuhi SOP

54 taman tema di seluruh negara dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai ini.

KEPUTUSAN membenarkan taman tema di seluruh negara kembali beroperasi bermula 1 Julai ini turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Malah, hal itu turut disuarakan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media pada Isnin petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kes positif Covid-19 pada Isnin, kesemuanya melibatkan warganegara

Kata Dr Noor Hisham, dia menyarankan pengunjung dan pihak taman tema agar mengambil langkah pencegahan sewajarnya apabila ia dibuka kelak.

"Saya nasihatkan semua orang ambil langkah pencegahan dan menjaga kebersihan, apa yang penting amalkan jarak sosial.

"Kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya ada perhimpunan atau kesesakan apabila buka taman tema.

"Tapi kerajaan hadkan bilangan pengunjung, ia tak dibuka 100 peratus. Tapi harap setiap individu yang pergi, pastikan mereka amal jarak sosial," ujarnya.

Bagi taman tema air pula, Dr Noor Hisham memberi peringatan agar aktiviti pembersihan ditingkatkan sejurus ia dibuka 1 Julai ini.

Namun katanya, ia bukanlah perkara baharu memandangkan ia sudah menjadi amalan biasa bagi setiap taman tema di negara ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 54 taman tema di seluruh negara dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai ini.

Namun, pengusaha wajib patuh prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakkan sosial.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain