suria

Harga petrol naik 7 sen, diesel naik 3 sen berkuat kuasa tengah malam ini

Harga petrol dan diesel naik masing-masing sebanyak tujuh sen dan tiga sen.

BERKUAT kuasa tengah malam ini, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik tujuh sen seliter.

Ini menjadikan harga baharu bagi RON95 dan RON97 masing-masing kepada RM1.72 dan RM2.02 seliter.

Harga bagi diesel turut naik tiga sen kepada RM1.87 seliter.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga runcit petrol, diesel turun

Harga baharu ini berkuat kuasa bermula 11 Julai sehingga 17 Julai ini.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan kenaikan itu dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah dunia pada masa ini.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, ” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

harga, minyak, naik, RON95, RON97, diesel

Artikel Lain