TERDAPAT 13 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,696 kes setakat Jumaat. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 64, yang mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.ARTIKEL BERKAITAN: Kali ke-3 sifar penularan tempatan, Malaysia catat 6 kes import Covid-19 pada Khamis Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 13 kes tersebut, lapan merupakan kes import melibatkan enam warganegara dan dua bukan warganegara iaitu pemastautin tetap. "Daripada lima kes penularan dalam negara, tiga kes adalah dalam kalangan warganegara dan dua kes melibatkan bukan warganegara," katanya menerusi sidang media pada Jumaat petang. Dr Noor Hisham juga memaklumkan tiada kes kematian terbaharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kematian sahaja. Sehingga hari ini, 12 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,511 kes keseluruhan pulih di Malaysia. Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!