suria

3 juta peminjam individu, peniaga PKS boleh tarik nafas lega! Jom semak jenis bantuan ditawarkan bank untuk kurang beban bayaran balik pinjaman

Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini. Foto: Faihan Ghani/The Star

INDIVIDU serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman bank boleh menarik nafas lega apabila mereka turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada keputusan terbaharu kerajaan berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.

Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, golongan ini akan ditawarkan tiga jenis bantuan daripada pihak bank masing-masing, bergantung kepada situasi peminjam.

ARTIKEL BERKAITAN: Fomca saran kerajaan lanjutkan moratorium hingga Disember

"Pertama, membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau kedua, memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau ketiga, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil," kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, petang Rabu.

Sementara itu ujar beliau, bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli, misalnya memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.

"Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.

"Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020," ujar Muhyiddin lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pinjaman, bank, sewa beli, PKS, moratorium

Artikel Lain