SEORANG wanita yang dirakam sedang menjamu selera sambil memakai gelang pink kuarantin wajib di sebuah kedai makan dipenjara sehari dan didenda RM8,000. Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nabihah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak selepas dia mengaku bersalah kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Makcik pakai tudung, wristband pink... tunggu denda dan tindakan selanjutnya Menurut kertas pertuduhan, warga emas berusia 72 tahun dikenali sebagai Nur Emah Mohamad Hashim akan dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan. Menurut kertas pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu pada 6 Julai lalu, pukul 8 pagi di sebuah kafe di Lengkok Meru Permai 1. Foto yang tular sebelum ini. Nur Emah yang memakai jubah hitam dan tudung dilihat menangis sewaktu pertuduhan dibacakan. Menerusi laporan sebelum ini, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati dia positif dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sejak 17 Julai. Sebelum itu, fotonya yang selamba keluar makan dengan memakai wristband pink tular di media sosial sehingga mengundang kecaman ramai.- The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!