suria

PKPP ditamatkan atau disambung? Tunggu pengumuman PM minggu ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto: Reuters/Lim Huey Teng

KEPUTUSAN sama ada kerajaan akan menamatkan atau melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal diketahui minggu ini.

"Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kemungkinannya minggu ini, kerana pengumuman biasanya dibuat seminggu sebelumnya. Oleh itu, mari kita tunggu dengan sabar," kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: WHO jangka Covid-19 berlarutan dalam tempoh tak kurang 2 tahun, KKM saran MKN lanjut PKPP - Dr Adham

PKPP dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini.

Beberapa hari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan agar kerajaan melanjutkan PKPP susulan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan wabak Covid-19 akan berlarutan dalam tempoh tidak kurang dari dua tahun.

PKPP berkuatkuasa pada 10 Jun lalu bagi menggantikan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sebelumnya.

Di bawah fasa PKPP, sektor perniagaan dan pendidikan dibenarkan untuk dibuka semula secara berperingkat tetapi prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan dengan ketat oleh kerajaan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKPP, KKM, Perdana Menteri

Artikel Lain