KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun memakai pelindung muka (face shiled) ke sekolah. Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Selasa petang. "Saya pernah bangkitkan banyak kali, memohon kelonggaran memakai pelitup muka (mask) kepada pelajar-pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah. "Untuk membeli mask, ia agak membebankan kepada keluarga kurang berkemampuan dan miskin. Mungkin membebankan. "Jadi saya pernah cadangkan kita benarkan face shield. Setelah berbincang, KKM bersetuju supaya kanak-kanak dibenarkan pakai face shield," ujarnya. Jelasnya, ia meringankan beban buat keluarga miskin memandangkan pelindung muka itu tidak perlu ditukar setiap hari seperti pelitup muka yang dijual pada harga RM1 sekeping. Dalam sidang media sama, Ismail Sabri mengumumkan warga asing dibenarkan solat berjemaah di masjid dan surau mulai 1 September ini. "Walau bagaimanapun, mereka perlu mendaftar dan pihak masjid boleh menentukan... kalau sudah mencukupi (kapasiti), tidak ada ruang lagi untuk mereka, jadi itu adalah keputusan jawatankuasa masjid. "Tapi secara umumnya, kita benarkan. Tapi mereka juga perlu patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!