MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hadir memberi keterangan di Bukit Aman pada malam Khamis, susulan mengingkari perintah kuarantin wajib di rumah. Ahli Parlimen Kuala Nerus itu tiba sekitar pukul 8 malam.ARTIKEL BERKAITAN: Khairuddin mohon maaf tak patuh SOP, pulangkan 4 bulan gaji Polis kini sedang menyiasat dakwaan pelanggaran perintah kuarantin rumah selepas beliau pulang dari Turki, Julai lalu. Pada Rabu, polis merakam keterangannya di bangunan parlimen. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid dipetik sebagai berkata, keterangan Mohd Khairuddin diambil oleh pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT). Kementerian Kesihatan sebelum ini mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap menteri itu kerana melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin kerana tidak mematuhi perintah kuarantin wajib di rumah setelah kembali dari Turki pada 7 Julai lalu. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!