PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 100 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,559 kes setakat Selasa. Daripada 100 kes baharu yang telah dilaporkan, 15 adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara. ARTIKEL BERKAITAN: Melonjak! 62 positif Covid-19,50 libatkan Kluster Benteng... staf perubatan kes indeks Kluster Sungai di Kedah Seramai 85 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 55 warganegara Malaysia dan 30 bukan warganegara. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 128 kematian. "Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini. "Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 128 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang. Sehingga hari ini, 12 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,136 kes keseluruhan pulih di Malaysia. Untuk rekod semasa, tujuh kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan. Perincian kes adalah seperti berikut: i. Sabah: • 62 kes daripada Kluster Benteng LD. ii. Kedah: • 22 kes daripada Kluster Sungai. iii. Perlis • Satu kes daripada Kluster Sungai. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!