TIADA bukti menunjukkan Covid-19 boleh tersebar melalui makanan atau bungkusan makanan.
Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
“Sangat tidak mungkin seseorang dijangkiti Covid-19 melalui makanan atau bungkusan makanan. Covid-19 sememangnya jangkitan pernafasan.
"Laluan penularannya adalah titisan droplets, kontak rapat seseorang indivdu kepada orang lain, atau secara tidak langsung di permukaan.
"Tetapi sekarang, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Covid-19 dapat disebarkan melalui makanan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya pada Isnin.
Terdahulu, timbul laporan mengatakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China (CDC) mengesan virus Covid-19 hidup pada pembungkusan luar ikan beku yang diimport di bandar pesisir timur Qingdao, wilayah Shandong.
Bagaimanapun, CDC mengatakan orang awam kurang berisiko mendapat Covid-19 daripada menyentuh atau memakan makanan berantai sejuk.
Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung Covid-19 seperti memakai topeng muka, mencuci tangan dengan kerap, mengelakkan kawasan yang sesak. - The Star.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!