ORANG ramai digesa supaya membuat laporan polis sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, garis panduan berhubung perkara tersebut telah dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan. ARTIKEL BERKAITAN: PKPB dilanjut 14 hari lagi! Masih ada lokasi berisiko tinggi Covid-19 di KL, Selangor, Putrajaya "Jika ada yang melihat pelanggaran berlaku, sila laporkan kepada polis," katanya. Menurutnya, semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. "Sekali lagi kita ingatkan, elakkan tempat yang sesak dan harap semua dapat mematuhinya," katanya pada sidang akhbar harian perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini, Isnin. Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung kebimbangan rakyat terhadap mesyuarat tergempar Barisan Nasional (BN) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur malam ini. Sementara itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan semua pihak agar tidak bertelagah antara satu sama lain. Sebaliknya, beliau meminta segenap lapisan masyarakat di Malaysia untuk bersatu melawan Covid-19. "Kita boleh menang peperangan ini sekiranya semua orang memainkan peranan masing-masing. "Tolonglah bantu kami untuk putuskan rantaian Covid-19 ini," katanya.- SinarHarian Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!