suria

Umno kekal sokong kerajaan PN... tolak kerjasama dengan Anwar, DAP

Mesyuarat MT Umno memutuskan untuk terus menyokong kerajaan PN.

UMNO memutuskan untuk menolak sebarang kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, lapor The Star.

Dalam pada itu, parti tersebut juga menegaskan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung selama hampir empat jam di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN bincang kedudukan Muhyiddin - Hishammuddin

"Majlis Kerja Tertinggi Umno mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP. Ahli-ahli parlimen Umno akan terus mendokong kerajaan PN.

"Umno menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai kehormatan dan 'political consensus',"kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyatan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Anggota MT pula berlalu tanpa memberikan sebarang ulasan kepada pihak media.

Ahmad Zahid terdahulu hadir ke Menara Dato' Onn sejak tengah hari Isnin, di mana pada awalnya beliau menghadiri mesyuarat bersama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada sebelah petang.

Menyuarat di antara ahli Parlimen BN dikatakan bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Berikut adalah kenyataan penuh Ahmad Zahid:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain