suria

“Maklumkan tujuan dan buktinya” - Perlu ke balai polis, Ismail Sabri jawab SOP rentas negeri suami isteri tinggal berjauhan

SOP PKPB terbaharu sama seperti SOP PKPB terdahulu, kata Ismail Sabri pada Selasa.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kembali dilaksana di beberapa negeri sejak 14 Oktober lalu ternyata memberi kesan terhadap aktiviti perjalanan penduduk terlibat.

Namun kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, golongan suami isteri yang tinggal berasingan masih dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah, sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) PKPB pertama Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sila lapor polis” - Dr Noor Hisham minta masyarakat salur maklumat langgar PKPB

"SOP PKPB yang kita perkenalkan hari ini sama dengan PKPB Mei lalu. SOP mengenai weekend husband and wife yang bertemu semingu sekali untuk bersama keluarga memang bawah PKPB asal... dibenarkan.

"Tapi perlu dapatkan kebenaran polis dahulu. Maklumkan tentang tujuan dan buktinya, InsyaAllah polis akan benarkan," ujarnya menerusi sidang media pada Selasa.

Kata Ismail Sabri lagi, bukan SOP melibatkan suami isteri sahaja, malah SOP lain juga sama sebagaimana PKPB terdahulu.

Biarpun tidak diumumkan olehnya, rakyat masih boleh membuat carian mengenai SOP itu menerusi laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kalau kita lihat SOP PKPB ini, yang tak ditanya mahupun yang saya tak umumkan secara terperinci.

"SOP melibatkan sektor tertentu seperti sosial, ekonomi... ia dah ada. Boleh rujuk laman sesawang MKN yang dijelaskan dengan terperinci," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain