SELEPAS 15 hari diburu, suspek Macau Scam, Goh Leong Yeong@Alvin yang melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya akhirnya diberkas polis. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan bersama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah Klang kira-kira jam 1.00 pagi Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Polis buru suspek Macau Scam larikan diri selepas dibebaskan SPRM "Alvin yang berstatus 'wanted' akan disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Judi Terbuka 1953. "Selepas tindakan itu diambil, dia (Alvin) akan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)," katanya sambil menambah, status wanita yang ditahan bersama suspek juga akan disiasat. Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan polis sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM kerana terlibat dengan kes Macau Scam. Suspek utama itu dikatakan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar. - SINAR HARIAN Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!