suria

Lompat dari tingkat atas pusat membeli belah, wanita alami kecederaan serius pada badan

Anggota Pertahanan Awam sedang memberikan bantuan kecemasan kepada seorang wanita yang terjatuh di sebuah pusat membeli belah di Miri, pagi Selasa. Foto: The Star

SEORANG wanita mengalami kecederaan serius pada tubuh badan selepas dia dikatakan melompat dari tingkat atas sebuah pusat membeli-belah di Miri, Sarawak.

Menurut orang ramai yang berada di kawasan tersebut, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi Selasa.

Mereka mendakwa melihat wanita berkenaan melompat dari tingkat atas yang berketinggian 10 meter.

Ketua Unit Pertahanan Awam Miri, Kapten Usman Harto berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang memaklumkan bahawa seorang wanita terjatuh di Bintang Megamall.

Kapten Usman berkata, anggotanya yang tiba di tempat kejadian mendapati seorang wanita sedang terlentang di kaki lima di luar pusat membeli-belah berkenaan.

"Dia dalam keadaan separuh sedar dengan luka serius di kedua-dua kakinya. Kami segera menghantarnya ke Hospital Miri.

"Tiada dokumen pengenalan yang ditemukan pada wanita terbabit. Dia dipercayai dalam lingkungan usia 20-an," katanya.

Kapten Usman menambah, kes tersebut telah dirujuk kepada polis untuk siasatan lanjut. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain