suria

Covid-19: Bimbang keselamatan rakyat, MAHA 2020 ditangguhkan

Pameran terbesar ini akan ditangguhkan ke satu tarikh lain.

PENINGKATAN kes wabak Covid-19 di negara ini menyebabkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2020) yang dijadualkan berlangsung pada 26 sehingga 29 November ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam satu memaklumkan keputusan itu dibuat sebagai pendekatan mitigasi kementerian dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini, selain menjamin kelangsungan keselamatan, kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat.

"Kementerian turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan semua pihak yang terbabit dalam persediaan penganjuran MAHA 2020.

"Semoga sokongan padu dan kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

MAHA 2020, pameran pertanian terbesar negara yang dijadual diadakan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) itu sebelum dirancang dilaksanakan secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan maya berikutan penularan Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain