suria

Rakaman insiden dua wanita terjun bangunan berlaku di luar negara, bukan Genting Highlands - Polis

Tangkap layar video berdurasi 29 saat yang membabitkan dua wanita terjun bangunan tular di media sosial, kononnya berlaku di Genting Highlands.

TIADA kejadian membabitkan dua wanita membunuh diri dengan terjun dari bangunan di Genting Highlands, seperti yang tular di media sosial pada Ahad.

Mengesahkan perkara berkenaan, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohd Shahril Abdul Rahman berkata video yang tersebar itu adalah rakaman kejadian lama yang tular semula.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di luar negara sekitar 2017.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita terjun dari bangunan manakala seorang lagi terbaring di jalan raya dipercayai telah terjun terlebih dahulu tular di media sosial dengan keterangan kononnya berlaku di pusat peranginan itu.

Keterangan lain menyatakan kedua-dua wanita tersebut kononnya terjun dari tingkat 18 selepas kehilangan kerja kerana dipecat.

Bagaimanapun, kejadian sebenar video itu dipercayai melibatkan dua beradik yang tinggal di luar negara dan difahamkan mengalami masalah tekanan selama beberapa tahun sebelum kejadian berlaku. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain