AHLI Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di atas kenyataan yang dikeluarkannya di Parlimen pada Rabu lalu. "Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar selain kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021. ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Rakyat kecoh... Tak turun padang ke Sabah, MP Bintulu dakwa Dr Noor Hisham takut mati - “Jangan hantar doktor, jururawat saja” ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham jawab dakwaan takut mati - “Turun padang atau tidak, kematian itu berlaku di mana-mana... yang penting niat” "Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan. "Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad. Permohonan maaf itu menyusul selepas beberapa hari pemimpin berkenaan menerima tekanan daripada ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang. King Sing pada Rabu lalu mendakwa Dr Noor Hisham 'takut mati' kerana tidak turun padang di Sabah ketika pandemik Covid-19. Dr Noor Hisham dalam maklum balasnya pada hari yang sama berkata isu 'takut mati' tidak timbul kerana beliau tetap melaksanakan tugasnya membendung penularan Covid-19. Malah ujarnya, kematian boleh berlaku di mana-mana sahaja kerana yang penting adalah niat untuk melakukan tugas. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!