VETERAN Umno, Tan Sri Zaleha Ismail, 84, meninggal dunia di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur malam ini. Memetik laporan Utusan, Allahyarhamah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 malam. Difahamkan, jenazah Allahyarhamah dalam proses dibawa ke kediamannya di Taman Perwira Satu, Gombak. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota pada pukul 10 pagi Ahad. Allahyarhamah sebelum ini merupakan bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, dan memegang jawatan penting termasuk Naib Ketua Wanita Umno. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!