suria

Berang ditegur main telefon bimbit, anak tikam bapa hingga mati

Seorang lelaki warga emas berusia 59 tahun maut gara-gara ditikam anaknya yang berang kerana ditegur bermain telefon bimbit. Gambar hiasan.

GARA-GARA berang ditegur bermain telefon bimbit, seorang anak tergamak menikam bapanya dengan sebilah pisau sehingga mangsa meninggal dunia.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi Rabu di Rumah Rakyat Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan itu, mangsa yang berusia 59 tahun terlebih dahulu menegur anaknya yang berusia 35 tahun kerana terlalu banyak menghabiskan masa bermain telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa kemudian memukul suspek dengan kerusi plastik.

"Suspek kemudian berang dan membalas kembali dengan menikam ayahnya," kata Maslan.

Menurut Maslan, mangsa rebah dan menghembuskan nafas terakhir di pintu masuk rumah mereka.

Ketika kejadian berlaku, hanya ibu mangsa yang berusia 85 tahun berada di rumah manakala isterinya berada di luar.

Seorang jiran kemudian menghubungil polis dan suspek ditangkap tidak lama kemudian.

Polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain