suria

Salam takziah... bekas menteri, Mokhtar Hashim meninggal dunia

Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 68 tahun.

BEKAS Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi Rabu.

Difahamkan bekas Ahli Parlimen Tampin itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.10 pagi dipercayai di sebuah hospital di Ampang, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan isteri dan anak-anak Allahyarham melalui mesej di aplikasi WhatsApp.

Allahyarham yang aktif berpolitik pada tahun 80-an pernah menggemparkan negara kerana membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib.

Pada 6 Mac 1983, Allahyarham dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas kesalahan itu.

Bagaimanapun, hukuman tersebut diubah kepada penjara seumur hidup dan dibebas pada 10 Julai 1991 selepas mendapat pengampunan diraja. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain