suria

Hero tak didendang digelar Ikon Perpaduan... Star Golden Heart Award umum 10 pemenang paling beri impak sepanjang pandemik Covid-19

Sebahagian daripada 10 pemenang SGHA tahun ini.

WABAK Covid-19 yang melanda tidak menghalang rakyat negara ini untuk terus melakukan amal kebaikan, malah semangat itu dilihat menjulang tinggi dalam tempoh getir ini.

Malahan, tahun ini juga, Anugerah Star Golden Hearts (SGHA) merekodkan pencalonan tertinggi dalam tahun keenam penganjuran.

ARTIKEL BERKAITAN: Anugerah Star Golden Hearts ke-6: Misi juri cari wira tak didendang

Ia melibatkan lebih 500 pencalonan individu, kumpulan dan organisasi yang banyak menyumbang ke arah perpaduan di negara ini.

Juri-juri akan memilih 10 pemenang pada tahun ini untuk menerima anugerah berkenaan.

"2020 merupakan tahun yang tidak dijangka oleh kita semua. Apabila negara berhadapan krisis, golongan paling rentan merupakan yang paling berisiko.

"Ia menguji kemampuan kolektif kita sebagai sebuah negara untuk saling membantu. Baik kerajaan, perniagaan mahupun rakyat, kita semua ada peranan tersendiri.

"Bagi Kumpulan Media Star dan Yayasan Star, kami peka dari awal lagi bahawa kami perlu menggunakan sumber dan pengaruh yang ada untuk turut sama memberikan sokongan," ujar Pengerusi Kumpulan Media Star, Datuk Fu Ah Kiow.

Jelasnya, SGHA juga merupakan usaha tahunan syarikat itu yang mana ia diketengahkan bagi memaparkan contoh teladan yang membantu dan menyatukan rakyat Malaysia.

"Dengan mengukuhkan lagi kisah-kisah mereka, kami harap ia menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk melakukan kebaikan antara mereka.

"Ia sekaligus dapat menyatukan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhan," ujarnya lagi.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada 10 pemenang SGHA dan mengakui kagum dengan usaha yang dilakukan mereka.

"Melalui anugerah ini, kami berharap lebih ramai akan belajar mengenai usaha serta meneladani pemenang dan tawarkan sokongan mereka untuk meluaskan lagi usaha baik mereka," ujarnya.

Tahun ini, dua daripada 10 pemenang dipilih untuk merangkul Anugerah Inspirasi Gamuda (GIA).

PWD Smart FarmAbility dan Seven Tea One merangkul anugerah itu dengan pemberian RM50,000 setiap satu untuk menyokong usaha membina komuniti mereka.



Antara pemenang SGHA tahun ini.

“Sebagai rakan komited sejak 2016, Yayasan Gamuda menyokong langkah untuk mengenali rakyat Malaysia yang berdedikasi membantu kumpulan rentan menikmati apsek kesihatan, pendidikan dan sosial yang adil serta menerima manfaat untuk membentuk masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang.

"Ini mencerminkan nilai-nilai yang kita pegang sebagai organisasi untuk menggembleng dan mengenali keseluruhan ekosistem kemanusiaan dan inisiatif inklusif”, kata Ketua Yayasan Gamuda, Ts. Sharifah Alauyah Wan Othman.

“Tahun ini menandakan tahun kelima Yayasan Gamuda bekerjasama dengan The Star and Yayasan Star untuk SGHA. Setiap tahun, jumlah pencalonan yang diterima meningkat.

"Ini adalah refleksi ekosistem kemanusiaan yang semakin meningkat di Malaysia dan kita harap melalui SGHA dan GIA, ia akan berterusan menggalakkan lebih banyak penyelesaian yang akan memastikan perkembangan kemajuan dalam masyarakat," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan penghargaannya buat Yayasan Gamuda yang banyak memberikan sokongan dalam penganjuran tersebut.

"Kerjasama yang lama antara kami dengan Yayasan Gamuda telah menyaksikan peningkatan jumlah pencalonan yang lebih tinggi setiap tahun.

"Ini adalah bukti mengenai peranan penting yang diberikan oleh anugerah ini dalam membantu menyebarkan semangat kebaikan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

"Setiap tahun, sumbangan Yayasan Gamuda untuk pemenang GIA juga terbukti membawa kesan dalam memajukan usaha murni pemenang. Kami berharap Yayasan Gamuda akan terus bersama untuk memastikan kemajuan berterusan di antara komuniti," ujarnya.

Dalam pada itu, pemenang anugerah tahun ini mewakili pelbagai kumpulan sosial termasuk menyokong kesihatan persekitaran dan keselamatan makanan, menyokong masyarakat yang rentan, memberikan kualiti pendidikan kepada pelajar sekolah dan mempromosikan penggunaan digital dalam kalangan warga emas.

Sementara itu, Ketua juri, Tan Sri Lee Lam Thy mengakui bangga melihat anugerah itu semakin berkembang saban tahun.

"Pencarian tahun ini untuk wira yang tak didendang adalah lebih relevan kerana wabak Covid-19. Kami telah melihat orang yang saban hari menawarkan bantuan di mana sahaja tanpa mengira waktu.

"Walaupun ia merupakan tahun yang mencabar, rakyat Malaysia tampil untuk mencalonkan dan menunjukkan penghargaan kepada individu berkaitan atas usia mulia mereka.

"Ini menunjukkan bahawa kita tidak kekurangan wira, malah rakyat Malaysia telah memberikan sumbangan luar biasa dari segi masa, wang, keselamatan dan keselesaan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih baik,” kata Lam Thye, yang juga pemegang amanah Yayasan Perpaduan Malaysia.

Menyifatkan pemenang sebagai Ikon Perpaduan, Lee berharap agar mereka terus melakukan usaha murni untuk memberi lebih banyak impak pada masa akan datang.

Lam Thye turut berterima kasih kepada Kumpulan Media Star dan Yayasan Star serta Yayasan Gamuda atas inisiatif ke arah mendorong kebaikan dan perpaduan.

Lam Thye, Sharifah Alauyah dan Esther merupakan antara tujuh juri terhormat untuk SGHA tahun ini.

Mereka yang lain adalah bekas ketua pegawai eksekutif Yayasan Kebajikan Negara dan aktivis alam sekitar, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman; aktivis sosial terkenal, Syed Azmi Alhabshi serta perunding perlindungan kanak-kanak dan bekas penolong pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Vijayakumari Pillai.

SGHA yang disokong oleh Yayasan Star, badan amal Kumpulan Media Star bertujuan untuk memberi inisiatif penuh makna dengan hasil yang berpanjangan kepada pelbagai kumpulan yang menerima manfaatnya.

Berikut senarai Pememang SGHA 2020:

1) PWD Smart FarmAbility

Menyokong kesihatan persekitaran dan keselamatan makanan melalui pertanian beretika dan menjadikan makanan organik berkhasiat dapat diakses oleh semua orang dari semua latar belakang (juga pemenang GIA)

2) Seven Tea One

Memberi peluang kepada remaja yang berkebolehan untuk memperoleh pendapatan dan penempatan pekerjaan yang bermakna dan pengembangan kemahiran.

3) Muhammad Nazmi Rosli

Memastikan anak-anak sekolah luar bandar tidak ketinggalan dalam usaha pendidikan berkualiti.

4) IMAM Response & Relief Team

MARET: Meringankan beban komuniti yang terjejas oleh bencana dan krisis melalui pemberian bantuan kemanusiaan dan perubatan.

5) Sangga Sinnayah

Mendidik pelajar sekolah melalui pembelajaran holistik dan berintegrasi, matlamat pembangunan lestari sebagai sebahagian daripada pengalaman pendidikan.

6) Kennedy Michael

Pemuliharaan, perlindungan dan pemulihan sungai, berkongsi tanggungjawab melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat yang berkesan.

7) Bengkel Teknologi Senior

Menggalakkan kemasukan digital di kalangan warga emas melalui bengkel literasi digital yang membantu mereka hidup lebih berdikari.

8) Langur Project Penang (LPP)

Menggalakkan kehidupan bersama antara hidupan liar dan manusia melalui penyelidikan, pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar.

9) Great Heart Charity Association

Menghubungkan penerima, sukarelawan dan penderma dengan bertujuan untuk membuat kebajikan memberikan sebahagian daripada kehidupan semua orang.

10) Fuze Ecoteer Outdoor Adventures

Menanamkan penghargaan dan penghormatan yang lebih tinggi terhadap alam dan mempromosikan perlindungan alam sekitar melalui ekopelancongan dan program masyarakat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain