suria

Kes Covid-19 libatkan warga asing naik mendadak, pusat kuarantin Maeps diaktifkan semula - Ismail Sabri

PKRC Maeps di Serdang. Foto: Mohd Sahar Misni/The Star

PUSAT Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) diaktifkan semula, bermula hari ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes yang mendadak selain pelaksanaan saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Skop operasi kali ini akan melibatkan pesakit Covid-19 kategori 1 (tanpa gejala) dan kategori 2 (gejala ringan) dan akan hanya menempatkan pesakit bukan warganegara sahaja.

"Berbanding hanya 604 katil sebelum ini, ketersediaan katil di PKRC Maeps 2.0 adalah dengan anggaran sebanyak 10,000 katil berdasarkan tiga fasa," katanya dalam sidang media pada petang Rabu.

Tambah Ismail Sabri, memandangkan PKRC tersebut menempatkan warganegara asing dalam jumlah kapasiti yang tinggi, aspek keselamatan akan dipertingkatkan lagi oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di tiga lokaliti di Bentong, Pahang bermula 10 Disember (Khamis) sehingga 23 Disember.

PKPD itu dilaksanakan di Amber Court Apartment, RIA Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut melibatkan 4,351 penduduk.

"KKM telah melaksanakan saringan bermula 6 Disember 2020 dan sehingga 8 Disember 2020 sebanyak 55 kes positif Covid-19 telah direkodkan di mukim Bentong di mana majoriti adalah melibatkan pekerja warganegara asing di lokaliti-lokaliti ini," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKRC Maeps, bukan warganegara

Artikel Lain