ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baharu. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Abd Rahim Mohamad Nor berkata Saarani mendapat sokongan majoriti Adun Perak. "Upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 11 pagi esok (10 Disember)," katanya kepada pemberita di Istana Kinta pada Rabu. Awal hari ini, Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS mengatakan bahawa mereka telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk mencalonkan Saarani sebagai Menteri Besar Perak seterusnya. Saarani, 59, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak akan menjadi Menteri Besar Perak ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang meletak jawatan pada 5 Disember lalu. Dun Perak mempunyai 59 kerusi di mana Umno sebanyak 25 kerusi, Bersatu (5), PAS (3), Gerakan (1), Bebas (1), DAP (16), PKR (3) dan Parti Amanah Negara (5). - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!