suria

Dewan Rakyat luluskan Belanjawan 2021

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan 111 Ahli Parlimen menyokong, berbanding 108 tidak menyokong, dan satu tidak hadir.

DEWAN Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 selepas bacaan kali ketiga, petang Selasa, meskipun dua percubaan pihak pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan sebanyak 111 Ahli Parlimen menyokong RUU itu, berbanding 108 tidak menyokong, dan satu tidak hadir.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2021 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan disokong Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Belanjawan 2021, dengan peruntukan RM322.5 bilion, adalah belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia.

RUU tersebut kini akan dibawa ke Dewan Negara untuk dibahaskan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan