suria

Ikut jejak langkah bapa, aksi bersahaja si cilik umur 3 tahun main skateboard curi perhatian ramai

Haziq yang mula bermain papan selaju sewaktu berumur 13 tahun cukup gembira apabila si cilik itu turut mengikut jejak langkahnya. Foto: NUR AISYAH MAZALAN/The Star.

AKTIVITI papan selaju atau skateboard menjadi cara untuk Muhammad Haziq Hussein mengeratkan lagi hubungan dengan anak lelakinya yang berusia 3 tahun.

Malah, aksi bersahaja si cilik itu bermain papan selaju turut mencuri perhatian ramai.

Haziq, 29, berkata, anaknya, Muhammad Harraz mula menunjukkan minat seawal usia 18 bulan.

"Pada waktu itu, Harraz baru sahaja belajar berjalan. Suatu hari, dia ambil papan selaju saya dan mula bermain.

"Sejak itu, saya mula melatihnya dan dia cepat belajar.

"Kini, dia boleh buat trick sendiri," ujarnya ketika ditemui di Taman Muhibbah, Kulai, Johor.

Tambah Haziq, dia yang mula bermain papan selaju sewaktu berumur 13 tahun cukup gembira apabila si cilik itu turut mengikut jejak langkahnya.

"Saya mula bermain papan selaju pada umur 13 tahun, kini saya berkogsi minat dengan anak saya.

"Hubungan kami bukan sekadar bapa dan anak, tapi dia sudah jadi kawan baik saya," ujarnya.

Imbas Haziq, anaknya membuat persembahan awam pertama di hadapan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam sewaktu pembukaan Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail di Johor Baru, Isnin lalu.

Malah, dia dan isteri turut merancang membuka saluran YouTube bagi berkongsi kebolehan Harraz. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain