KETUA Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
Menurut Chong, dia menjalani ujian Covid-19 selepas beberapa rakannya yang ditemui ketika menghadiri perjumpaan pada 26 Disember lalu, mengalami beberapa gejala yang berkaitan dengan Covid-19.
"Rakan-rakan menghubungi saya tiga hari lalu dan bertanya sama ada saya mengalami simptom kerana kebanyakan mereka mengalami simptom.
"Saya hanya letih tetapi tetap menjalani ujian Covid-19 dan ternyata keputusannya positif.
"Saya diberitahu untuk menjalani kuarantin dan jika ada gejala, maka saya akan dimasukkan ke hospital," katanya.
Dilaporkan bahawa kerja-kerja sanitasi telah dilakukan di tingkat tujuh ibu pejabat MCA.
Walaupun dijangkiti Covid-19, Chong berkata orang ramai masih boleh menghubunginya jika mereka mempunyai masalah kerana dia akan bekerja dari rumah.
Chong juga menasihati rakyat Malaysia agar bertanggungjawab dengan melakukan ujain Covid-19 sekiranya berasa was-was.
"Sekiranya anda menghadiri apa-apa majlis dan ada tetamu yang disahkan positif Covid-19, buatlah ujian walaupun anda tidak mempunyai gejala," katanya. - THE STAR
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!