suria

Pelajar dalam perjalanan ke kolej maut kemalangan

Dalam kejadian jam 8.30 pagi pada hari Isnin, mangsa menunggang motosikalnya dari Port Dickson ke Alor Gajah.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisah duka melibatkan pelajar lelaki berusia 22 tahun yang maut dalam kemalangan di Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka pada Isnin ketika dalam perjalanan untuk ke kolej pengajiannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Syazwan Sabahrudin, berasal dari Kampung Telok Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ujarnya, dalam kejadian jam 8.30 pagi pada hari Isnin, mangsa menunggang motosikalnya dari Port Dickson ke Alor Gajah ketika dia bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala," katanya.

Tambah beliau, pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian itu merupakan anggota polis tambahan berusia 37 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain