TAN Sri Annuar Musa berkata terdapat beberapa peristiwa dalam Umno yang bertentangan dengan kepercayaan dan prinsip politiknya. Antaranya termasuklah berhubung sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. ARTIKEL BERKAITAN: Umno sangkal laporan konon Zahid arah ahli Parlimen tinggalkan PN Bekas setiausaha agung Barisan Nasional itu berkata, dia juga tidak bersetuju dengan usaha berterusan untuk menggoyahkan pemerintahan Perikatan dan sehingga membelakangi pendirian "Tanpa DAP/ Tanpa Anwar" dalam parti itu. Malah, dia juga tidak setuju dengan perbincangan bersama DAP untuk mewujudkan barisan politik baharu. "Lebih baik saya tidak bersekongkol dengan arahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Sekarang saya tidak lagi menjadi setiausaha agung Barisan, saya bebas bertindak mengikut hati nurani saya, ” kata Annuar pada sidang media pada hari Rabu. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!