suria

14 intipati PKP, PKPB dan PKPP yang perlu anda tahu

pkpp

SEBAGAIMANA jangkaan ramai, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

Dalam satu perutusan khas pada Isnin, Muhyiddin berkata PKP akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bermula 13 hingga 26 Januari melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin sukar dikawal, kerajaan laksanakan semula PKP di 6 negeri bermula Rabu

Berikut merupakan antara intipati dalam perutusan Perdana Menteri mengenai PKP:

1) PKP berkuat kuasa untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 melibatkan tiga peringkat iaitu PKP, PKPB dan PKPP

2) Operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021

3) Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan adalah tidak dibenarkan.

4) Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

5) Hanya dua anggota isi rumah dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

6) Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja

7) Hanya lima sektor ekonomi dibenarkan beroperasi iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

8) Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa.

9) Kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan take away manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP, kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

10) Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga.

11) Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan, mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat.

12) Hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang. Bagi negeri PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

13) 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat, bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang

diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing

14) Untuk aktiviti jogging tidak boleh lebih daripada dua orang, berbasikal dilarang secara berkumpulan

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKP, PKPB, PKPP

Artikel Lain