PEJABAT Perdana Menteri (PMO) pada Isnin menafikan khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser. Menerusi satu kenyataan ringkas, PMO mengatakan berita itu adalah tidak benar dan dianggap berniat jahat. "Khabar angin yang mengatakan YAB Perdana Menteri perlu menjalani rawatan berikutan penyalit kanser yang dialami oleh beliau adalah tidak benar dan berniat jahat. "YAB telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau. "Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!