SEBUAH kumpulan penggodam yang mendakwa sebagai Anonymous Malaysia memberi amaran bahawa mereka akan memulakan serangan terhadap laman web kerajaan Malaysia tidak lama lagi. Serangan itu akan menjadi "wake-up call", kata kumpulan itu dalam posting Facebook, menuntut agar kerajaan lebih peka dalam mencegah kebocoran data. Dalam video berkenaan, kumpulan itu mendakwa bahawa sistem keselamatan kerajaan sangat lemah dan semua data mungkin bocor, sehingga membolehkan penggodam menjual maklumat tersebut. Dalam pada itu, Kevin Reed, ketua pegawai keselamatan maklumat di Acronis berkata, tidak mungkin kumpulan itu akan melakukan "perang Internet habis-habisan" sebagaimana dinyatakan, namun mungkin akan mengambil satu tindakan kelak. "Serangan yang paling mungkin dari Anonymous dalam kes ini adalah serangan DDoS (Distributial Denial of Service) atau kebocoran data yang diakses melalui kerentanan dalam jaringan," katanya. Acronis adalah sebuah syarikat yang pakar dalam penyelesaian sandaran, pemulihan bencana dan keselamatan. "Walaupun kegiatan mereka haram, mereka harus dipandang serius, dan organisasi kerajaan harus mengambil langkah untuk memastikan data mereka kukuh sehingga kelompok ini tidak mempunyai ruang untuk menebus atau membocorkan data kritikal atau berpotensi memalukan," katanya lagi.- The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!