KHABAR gembira buat pasangan jarak jauh (PJJ) apabila mereka dibenarkan merentas negeri bermula Rabu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Selasa petang. ARTIKEL BERKAITAN: PKP dijangka tidak dilanjut jangka panjang, PKPB 3 bulan turunkan kes Covid-19 kepada 2 angka Namun katanya, pasangan yang terlibat perlu memohon kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membuat pergerakan rentas negeri. "Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) benarkan pasangan suami isteri jarak jauh untuk lakukan perjalanan rentas negeri bagi bertemu keluarga masing masing tapi perlu dapat kebenaran pihak polis.Kebenaran berkuat kuasa esok. "Bagi pasangan bergejala mereka dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum pulang," ujarnya. Dalam pada itu, Ismail mendedahkan dia turut dihujani pelbagai mesej yang meminta kelonggaran diberikan kepada beberapa sektor termasuklah daripada golongan peniaga pasar malam, kedai cuci kereta, kedai gunting rambut dan banyak lagi. "Kita setakat hari ini telah menyerahkan kepada pihak MKN untuk berbicang bersama KKM untuk meneliti perkara ini. "Ia akan dibawa ke mesyuarat dalam waktu terdekat dan kita akan pertimbangkan setiap cadangan yang diberikan dengan sebaik-baiknya. "Sejak mula, kerajaan melihat keperluan ekonomi, keperluan untuk membantu kehidupan golongan B40 dan peniaga mikro ini untuk mereka," ujarnya. Tambahnya lagi, segala pertimbangan itu akan dibicangkan dan bakal diumumkan tidak lama lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)